Program Pemerkasaan Komuniti

Program Pemerkasaan Komuniti ini bertujuan untuk memperkasa komunitisebegai langkah penting dalam usaha kawalan tembakau, di mana masyarakat digalakkan untuk bersuara dan memperjuangkan hak mereka terhadap persekitaran yang bebas daripada ancaman rokok dan vape. Inisiatif ini bertujuan memberikan kekuatan kepada komuniti untuk mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan kesedaran dan tindakan terhadap isu tembakau. Dengan pendekatan ini, komuniti akan lebih yakin dan berani menyuarakan kebimbangan serta memainkan peranan penting dalam menggalakkan perubahan positif.

Selain itu, penguatkuasaan yang berkesan juga menjadi tumpuan utama. Peranan komuniti adalah untuk mengenal pasti individu yang merokok atau menggunakan vape,  terutamanya di kawasan larangan. Pengawasan ini memastikan undang-undang dipatuhi dan persekitaran awam kekal selamatserta bebas daripada pencemaran asap  rokok. Bersama-sama dengan itu, usaha menggalakkan lebih banyak premis untuk memasang poster tanda larangan merokok/vape menjadi satu langkah strategik. Ini bukan sahaja menjadi peringatan visual tetapi juga sebagai usaha melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok sekunder.

Seterusnya, usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat adalah teras kepada inisiatif ini. Dengan memberikan maklumat yang tepat dan relevan, komuniti akan lebih memahami kepentingan kawalan tembakau dan implikasinya terhadap kesihatan awam. Orang awam juga digalakkan untuk menjadi lebih peka dan proaktif,  tidak hanya dalam menjaga diri sendiri tetapi juga dalam menyokong usaha kawalan tembakau secara kolektif. Pada masa yang sama, usaha ini juga bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai individu berhenti merokok dan menggunakan vape, sebagai satu langkah penting ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Kesemua usaha ini akan diterajui oleh Pegawai Pemerkasaan Komuniti, yang terdiri daripada para sukarelawan yang telah dilatih khas. Mereka akan menjadi pemimpin dalam komuniti, memberikan panduan dan sokongan kepada masyarakat untuk memastikan matlamat kawalan tembakau tercapai. Dengan sokongan dan penglibatan aktif daripada semua pihak, kita mampu mencipta sebuah persekitaran yang lebih sihat dan harmoni.

Shopping Cart