Tentang Jom Kawal

Langkah pemerkasaan komuniti dalam usaha kawalan tembakau di Malaysia merangkumi tiga inisiatif utama: JomQuit, JomSihat, dan JomLapor. Setiap inisiatif ini direka untuk memberikan sokongan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya rokok dan vape.

JomQuit adalah inisiatif yang bertujuan menangani isu kesihatan berkaitan merokok/’vaping’ dengan memberikan sokongan kepada perokok di Malaysia untuk berhenti merokok secara berjaya. Program ini menyediakan pelbagai sumber dan kaedah untuk membantu perokok melalui proses berhenti merokok atau penggunaan vape, sekaligus menyumbang kepada penurunan kadar pengguna rokok/vape di negara kita. Untuk maklumat lanjut dan sokongan, layari laman web JomQuit di https://jomquit.my/.

JomSihat pula adalah laman pendidikan yang memberi penekanan kepada kesedaran tentang kesan buruk tabiat merokok dan penggunaan vape terhadap kesihatan awam. Melalui laman ini, masyarakat diberikan maklumat yang jelas mengenai risiko-risiko yang terlibat serta cara-cara untuk melindungi diri dan keluarga daripada bahaya tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web JomSihat di https://jomsihat.com.my/.

Seterusnya, JomLapor adalah laman web yang memfokuskan pada advokasi dan penguatkuasaan Akta Kawalan Merokok Malaysia 2024. Inisiatif ini membolehkan orang ramai melaporkan sebarang kesalahan berkaitan merokok atau penggunaan vape di tempat yang dilarang, serta memberi sokongan kepada usaha penguatkuasaan undang-undang tembakau di negara ini. Untuk melibatkan diri dan membuat laporan, layari laman web JomLapor di https://jomlapor.com/.

Dengan adanya tiga inisiatif ini, masyarakat akan lebih berdaya saing dan bersedia untuk mengambil tindakan proaktif dalam memerangi isu tembakau, serta memastikan persekitaran yang lebih sihat dan bebas dari asap rokok dan vape.

Shopping Cart